ISU ANJING PERLU DIKUPAS OLEH ULAMA BUKAN GOLONGAN ORANG BIASA


Sebelum tercetus kontroversi ekoran penganjuran Program I Want To Touch a Dog yang menggalakkan umat Islam memegang anjing secara suka-suka sedangkan ia dilarang agama, segelintir bangsa Melayu-Islam-Malaysia sudah lama dimaklumi menjadikan anjing sebagai haiwan peliharaan.
Antara yang popular adalah seorang lelaki Melayu yang mempunyai berpuluh-puluh anjing dan antara dalil bagi membenarkan perbuatannya adalah sifat kasihkan haiwan selain mengaku mengikut mazhab Maliki yang lebih ringan dalam menjatuhkan hukum hubungan manusia dengan anjing.
Sebenarnya, jawapan bagi isu sentuh anjing ini sudah pun dijelaskan dengan terang oleh Jabatan Agama Islam Selangor menerusi maklum balas dikeluarkan susulan kes seorang wanita Melayu memuat naik video berwuduk, memakai baju melayu dan menyambut hari raya bersama anjing, empat tahun lalu. 



Bukan nak kata apa, tapi segelintir Melayu-Islam-Malaysia yang mahu memelihara anjing mungkin berasakan ini adalah gaya hidup urban selain kurang ilmu agama. Apa yang mereka tahu, sentuh anjing tak haram asalkan selepas itu sertu (kononnya, entah dia sertu ke tidak kalau dah setiap hari pegang anjing, wallahua’lam).
Sesetengahnya pula, seperti lelaki berjubah sambil memeluk anjing yang popular dalam kalangan Melayu-Islam-Malaysia yang bela anjing; bertegas bahawa mereka tak mahu ikut mazhab Syafie dalam hal ini.
Secara jelas Mazhab Shafie, menggariskan hukum bahawa anjing termasuk dalam kategori najis mughallazah (najis berat). Kalau terkena air liur dan najisnya maka perlu disamak dengan air mutlak 7 kali dan sekali dengan air bercampur tanah.
Benar, menyentuh atau memegang anjing tidaklah berdosa atau menyalahi hukum Islam tetapi anjing tidak boleh dipelihara untuk tujuan hobi (pet) atau dijadikan sebagai binatang hiasan di rumah.
Berdasarkan pandangan ulama terkemuka Yusuf al-Qaradawi, hukum memelihara anjing sebagai binatang kesukaan adalah HARAM berdasarkan hadis Rasulullah SAW, dari Abi Sufian bin Abu Zuhair, bahawa Nabi S.A.W. bersabda antara lain maksudnya:
“Barang siapa yang memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternakan, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirot”.
Merujuk tentang pihak yang buat u-turn kepada mazhab lain seperti Maliki dan Hanafi untuk membolehkan mereka memegang anjing, benar, secara umum para ulama berpendapat orang awam diharuskan berpindah mazhab tetapi dengan syarat tidak menyimpang daripada al-Quran dan Hadis, serta tidak berlaku talfiq yang diharamkan (berlaku perkara yang tidak diiktiraf oleh ulama Islam).
Sesungguhnya, umat Islam juga dilarang memilih pandangan yang mudah dan sesuai dengan naluri tanpa melihat kepada nas-nasnya terlebih dahulu.
Justeru dalam isu anjing, beralih mazhab untuk menyentuh haiwan ini secara suka-suka tidak boleh diterima pakai kerana bertentangan dengan prinsip yang membolehkan berpindah mazhab, demikian dimaklumkan dalam ‘kenyataan maklum balas pegang anjing’ yang dikeluarkan JAIS pada 2010 ekoran video wanita bersama anjing di atas.
Dalam maklum balas ini juga, selain menyatakan bahawa mazhab imam lain tidak boleh digunakan untuk menjadikan perlakuan ini dibolehkan; JAIS turut menegur media massa supaya tidak menyentuh sensitiviti umat Islam yang dibimbangi boleh melarat sampai menggugat keharmonian negara.
Sepatutnya, isu sensitif berkaitan agama dikupas berpandukan pandangan ulama bukan menulis berdasarkan logik dan idea individu tertentu yang tidak ada kredibiliti dalam agama.
Maklumlah, idea mengubah hukum agama sesuka hati boleh menjadikan banyak perkara lebih mudah dan bebas, jadi ia pasti bagai magnet yang menarik hati segelintir Melayu-Islam-Malaysia yang kurang kefahaman agama.
peganganjing3
Dalam erti kata lain; suka hatilah kalau mana-mana pemuda mahu pun wanita Melayu mahu memeluk anjing seerat mana pun, tapi jangan tunjukkan seolah-olah Islam membenarkannya dengan memakai pakaian bercirikan agama suci ini, apatah lagi pandai-pandai keluarkan fatwa sendiri lantas dipetik pula oleh orang media tanpa bertanya kepada pihak pandai agama.
Jangan semasa mahu bicara tentang anjing anda memakai jubah dan kopiah, bercakap tentang mazhab itu ini hingga ada pihak dangkal akal sangka anda ustaz yang memberitahu bahawa memegang anjing tak apa.
Sedangkan hakikat sebenarnya bila tak memegang anjing, anda memilih untuk berbogel bersama pasangan sama jantina di atas katil sambil mendedahkan tatoo.
Justeru untuk perbuatan sebegini, mazhab mana pula yang anda ikut agaknya?
- mynewshub.cc

Related

agama 8265388500396206718

Post a Comment

emo-but-icon

|| KLIK UNTUK TUTUP ||

Follow Us

Hot in week

Recent

My Ping in TotalPing.com ping blog free web site traffic and promotion

Comments

Side Ads

Text Widget

Connect Us

item