Shabery kesal iklan merendahkan pekerja Indonesia

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek kesal dengan iklan sebuah syarikat penjual mesin pembersih hampagas, yang merendah-rendahkan pekerja rakyat Indonesia.
Katanya iklan itu amat tidak bertanggungjawab serta disifatkan sebagai berbaur perkauman dan berunsur menyindir.
Beliau berkata iklan yang merendah-rendahkan martabat orang lain sebenarnya tidak melambangkan ciri-ciri rakyat Malaysia.
"Produk iklan itu harus diboikot kerana mempunyai cita rasa yang rendah.

"Saya berasa kesal dan sedih. Ia tidak sepatutnya berlaku...iklan itu patut dikecam oleh semua pihak. Ia bernilai rendah dan bukan iklan yang mempunyai cita rasa terbaik," katanya kepada wartawan di sini.
Beliau mengulas iklan mesin pembersih hampagas keluaran syarikat itu yang tertulis "Fire Your Indonesian Maid Now" (Pecat Pembantu Rumah Indonesia Anda Sekarang).
Ahmad Shabery berkata sebagai rakyat yang bertanggungjawab, mana-mana pihakpun tidak boleh menyindir dan merendahkan maruah orang lain sama ada rakyat negara sendiri mahupun negara jiran seperti Indonesia.
Beliau berkata lebih menyedihkan dan memalukan ialah iklan seumpama itu tersebar luas menjelang kunjungan Presiden Indonesia Joko Widodo ke Malaysia minggu lepas.
Iklan itu mendapat bantahan dan kritikan banyak pihak dalam laman sosial manakala Kedutaan Indonesia di Malaysia juga menghantar nota bantahan kepada syarikat berkenaan.
Terdahulu, Ahmad Shabery menghadiri Forum Ketua-Ketua Pengarang Media Massa Indonesia-Malaysia dan beberapa negara ASEAN anjuran Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (Iswami) di sini, hari ini.
Turut hadir ialah Pengerusi Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Abdul Rahman Sulaiman, Pengurus Besar Bernama Datuk Zulkefli Salleh dan Ketua Pengarang Bernama Datuk Zakaria Abdul Wahab.
--BERNAMA

Related

dalam negeri 380562370203014296

Post a Comment

emo-but-icon

|| KLIK UNTUK TUTUP ||

Follow Us

Hot in week

Recent

My Ping in TotalPing.com ping blog free web site traffic and promotion

Comments

Side Ads

Text Widget

Connect Us

item