Penyokong Malaysia Bergaduh dengan Penyokong Vietnam, Ramai yang Marah dan Tidak Setuju Tindakan itu

SHAH ALAM: Aksi separuh akhir pertama, Piala AFF Suzuki 2014, malam tadi sedikit tercemar dengan tindakan segelintir penyokong kedua-dua pasukan yang bergaduh. 






Insiden kecil itu berlaku ketika perlawanan memasuki minit ke-85, di mana Harimau Malaya waktu itu sudah ketinggalan 1-2 kepada Vietnam. Ternyata pergaduhan itu pada awalnya sukar dilerai polis yang bertugas di kawasan di mana insiden berkenaan berlaku, memaksa ia berlarutan sehingga tamat aksi 90 minit perlawanan kedua-dua pasukan. 

Bahkan tindakan segelintir penyokong Harimau Malaya melemparkan botol air ke arah penyokong Vietnam menambah lagi ketegangan kedua-dua penyokong. Menurut saksi yang juga pengawal keselamatan stadium terbabit, insiden pergaduhan itu berlaku dikatakan bermula daripada pertengkaran mulut oleh segelintir penyokong kedua-dua pasukan. 

"Ada beberapa penyokong (Vietnam) yang cedera di badan dan kepala selepas dipercayai terkena benda tumpul seperti botol air yang dibaling dari arah atas dan tepi, tapi jumlahnya kita tidak tahu," katanya. 

Berdasarkan tinjauan di lokasi kejadian juga, tiada benteng penahan kukuh seperti pagar besi yang memisahkan jarak kedua-dua penyokong dipasang di tempat berkenaan, sebaliknya hanya sekadar kawalan oleh pihak keselamatan stadium dan polis.

Related

sukan 3959680956080431266

Post a Comment

emo-but-icon
:noprob:
:smile:
:shy:
:trope:
:sneered:
:happy:
:escort:
:rapt:
:love:
:heart:
:angry:
:hate:
:sad:
:sigh:
:disappointed:
:cry:
:fear:
:surprise:
:unbelieve:
:shit:
:like:
:dislike:
:clap:
:cuff:
:fist:
:ok:
:file:
:link:
:place:
:contact:

|| KLIK UNTUK TUTUP ||

Follow Us

Hot in weekRecentComments

Hot in week

Recent

My Ping in TotalPing.com ping blog free web site traffic and promotion

Comments

Side Ads

Text Widget

Connect Us

item