Detik Akhir Kematian Anggota Bomba dan Penyelamat Sempat Dirakam Kamera


DETIK-DETIK KEMATIAN DI RAKAM JURUGAMBAR DARI CHINA.

Seorang Jurugambar bernama Jiang  secara kebetulan telah merakam saat tragis di mana seorang anggota bomba bernama Dalian Zhang terkorban. 

Anggota bomba tersebut telah mengambil bahagian dalam usaha pembersihan tumpahan minyak di laut. Memandangkan kawasan tersebut dipenuhi dengan tumpahan minyak yang pekat, ini telah menyebabkan beliau sukar untuk bergerak dan sangat meletihkan dan akhirnya tidak berupaya untuk meneruskan pergerakan kerana sudah kehabisan tenaga.

Kerana mempunyai sifat ingin tahu, seorang jurugambar bebas mengambil gambar kerja-kerja pembersihan tumpahan minyak di laut oleh dua orang ahli bomba Dalian iaitu Zhang Liang dan XiaoXiong. 

Namun pengalaman itu menjadi suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan olehnya apabila gambar-gambar yang diambil olehnya merupakan detik-detik kematian salah seorang daripada bomba tersebut. 

Jiang He memberitahu dia tidak menyangka salah seorang daripada mereka akan terkorban. Jiang He mengambil gambar detik-detik Zhang Liang terkorban semasa menjalankan kerja-kerja pembersihan tumpahan minyak di lautan. 

Kedua-dua mereka terperangkap dalam tumpahan minyak namun rakan kepada mereka hanya dapat menyelamatkan salah seorang daripada mereka apabila Zhang Liang tidak lagi kelihatan di permukaan air.

























Related

kemalangan 858874052785945453

Post a Comment

emo-but-icon

|| KLIK UNTUK TUTUP ||

Follow Us

Hot in week

Recent

My Ping in TotalPing.com ping blog free web site traffic and promotion

Comments

Side Ads

Text Widget

Connect Us

item