Pelajar Tingkatan 3 Mengandung Anak Bangla


Kekerapan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun berkunjung ke rumah teman lelakinya yang juga warga Bangladesh membongkar kegiatan maksiat dilakukannya malah dia kini hamil enam minggu selepas ditahan di sebuah rumah di Taman Mahsuri, dekat Padang Serai, di sini.

Difahamkan, remaja tersebut ditahan sepasukan penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) selepas dikesan berdua-duaan sehingga menimbulkan syak wasangka dengan seorang lelaki Bangladesh berusia 28 tahun di sebuah rumah di Taman Mahsuri dekat Padang Serai, di sini.

Ketua Unit Penguat Kuasa Agama PADK, Azmi Abdul Rejab berkata, remaja terbabit disahkan mengandung susulan pemeriksaan kesihatan Hospital Kulim ke atas gadis itu, selepas ditahan dalam operasi cegah maksiat Rabu lalu.




Related

jenayah 8065459989019109178

Post a Comment

emo-but-icon

|| KLIK UNTUK TUTUP ||

Follow Us

Hot in week

Recent

My Ping in TotalPing.com ping blog free web site traffic and promotion

Comments

Side Ads

Text Widget

Connect Us

item