BAPA BURU SENDIRI MAT REMPIT PEMBUNUH ANAKNYA

Sebahagian dari suspek yang berjaya ditahan.
Gara-gara berang terhadap kumpulan perompak yang membunuh anaknya, seorang ahli perniagaan bertindak mencari dan menangkap ketua geng terbabit secara sendirian.
Anaknya, Muhammad Khairul bersama lima rakan dikatakan duduk di sebuah pondok di tasik Taman Tasik Ing Tai Kim, Setapak sebelum mereka ternampak sekumpulan 20 lelaki menunggang motosikal menghampiri dua lelaki yang berjalan di taman rekreasi itu untuk merompak pada pukul 11.36 malam.
Apabila dua lelaki tersebut melarikan diri, kumpulan bermotosikal itu beralih arah kepada Muhammad Khairul dan kawan-kawannya.
Pemangku Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Deputi Supritendan A. Asmadi Abd. Aziz, berkata, kumpulan 20 lelaki itu kemudian memaksa enam remaja terbabit menyerahkan telefon bimbit dan barangan berharga sehingga menyebabkan tercetus pergaduhan.
“Muhammad Khairul enggan mengikut arahan kumpulan itu sehingga menyebabkan perompak terbabit berang dan memukulnya dengan objek tumpul.
“Ketika pergelutan berlaku, Muhammad Khairul terjatuh ke dalam tasik. Salah seorang rakannya cuba menyelamat mangsa tetapi gagal.
“Polis serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Setapak bergegas ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima panggilan dan menjumpai mayat mangsa pada pukul 1.30 pagi,” katanya.
A. Asmadi berkata, bapa mangsa tiba di Setapak dari Johor dan bercakap dengan kawan-kawannya mengenai kejadian itu.
“Salah seorang kawan mangsa memberitahu mereka kenal dengan ketua kumpulan itu.
“Ahli perniagaan itu kemudian mencari dan menangkap seorang remaja lelaki serta menyerahkan kepada polis,” katanya sambil menambah telah menangkap enam remaja berumur 13 hingga 16 tahun.
Jelas A.Asmadi, polis kini sedang mengesan tujuh lagi remaja yang disyaki mempunyai kaitan dengan kes tersebut.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu diminta menghubungi polis di talian 03-21159999 atau ke balai polis berhampiran.

Related

SUNGGUH KEJAM! BAYI LELAKI BARU LAHIR DIBUANG DI DALAM TANDAS

PULAU PINANG: Kejam! Mayat bayi lelaki yang baru lahir dibuang di dalam lubang tandas duduk di negeri ini.Ibu bayi berkenaan yang dianggarkan berusia 20-an dipercayai melakukan perbuatan kejam itu sej...

BOMOH ARAB BERJAYA KELUARKAN JIN DALAM RAHIM ANAK DARA

GAMBAR HIASANRiyadh – Seorang bomoh memperkosa remaja yang mendapatkan rawatan kerana masalah psikologi selepas dia membohongi mangsa kononnya terdapat jin dalam rahimnya.Bomoh berkenaan memberitahu g...

PDRM DEDAH CARA WARGA AMERIKA SELATAN GODAM ATM DI MALAYSIA UNTUK MENGELUARKAN DUIT

Kuala Lumpur : Sindiket mengodam Mesin Teler Automatik (ATM) yang dikesan baru-baru ini didapati menggunakan virus dikenali sebagai 'ulssm.exe..' untuk mengeluarkan wang.Pengarah Jabatan Siasatan Jena...

Post a Comment

emo-but-icon
:noprob:
:smile:
:shy:
:trope:
:sneered:
:happy:
:escort:
:rapt:
:love:
:heart:
:angry:
:hate:
:sad:
:sigh:
:disappointed:
:cry:
:fear:
:surprise:
:unbelieve:
:shit:
:like:
:dislike:
:clap:
:cuff:
:fist:
:ok:
:file:
:link:
:place:
:contact:

|| KLIK UNTUK TUTUP ||

Follow Us

Hot in weekRecentComments

Hot in week

Recent

My Ping in TotalPing.com ping blog free web site traffic and promotion

Comments

Side Ads

Text Widget

Connect Us

item