VIDEO: TAHNIAH ANGGOTA BOMBA BERJAYA SELAMATKAN CUBAAN WANITA BUNUH DIRI DI JALAN RAJA LAUT KL




Seorang wanita warga tempatan dipercayai cuba terjun dari tingkat tujuh sebuah hotel di Jalan Raja Laut di sini selepas dipercayai berlaku pertengkaran antara mangsa dengan teman lelakinya.
Mangsa berusia 20-an itu bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa dan Hang Tuah yang tiba di tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.30 petang.
Menurut sumber, mangsa dipercayai gagal mengawal tekanan perasaan lalu bertindak nekad untuk terjun, namun tindakan pantas anggota bomba berjaya memujuk mangsa dan mengawal keadaan.
"Difahamkan ketika kejadian, mangsa bersama dengan teman lelakinya dalam sebuah bilik hotel di bangunan itu sebelum berlaku pergaduhan antara pasangan tersebut," katanya kepada Malaysia Gazette di sini.

Orang ramai yang menyedari kejadian itu berkerumun di tepi jalan melihat perkembangan seterusnya sambil mengambil gambar dan merakamkan video insiden tersebut.
Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut. -- Malaysia Gazette

Related

Contoh Cara Mengisi Borang Tuntutan Perjalanan Kakitangan Awam Yang Sungguh Lengkap

Gambar di atas adalah salah satu daripada borang tuntutan perjalanan yang dibuat oleh kakitangan awam yang diisi dengan lengkap sehingga semua peristiwa yang berlaku sepanjang perjalanan beliau dituli...

Cleaner HUSM Jumpa Bayi Cuba Disembunyi di Atas Siling Bilik Air

Salam YDH Tuan, Makluman Kejadian Buang Bayi. Tarikh : 9/9/2014 @ 0600hrsTempat: Kecemasan HUSMPengadu: Nama: Ahmad Amirin b Jamal K/p : 840107-71-5017Alamat: 598, Gedong Lalang Bu...

SUSPEK PENCULIK VAN PUTIH BERJAYA DITANGKAP POLIS DAN ORANG RAMAI DI PASIR GUDANG JOHOR

Satu kejadian cubaan untuk menculik kanak-kanak perempuan dilaporkan telah berlaku di Masai, Pasir Gudang Johor. Dengan bantuan orang ramai, pihak polis telah berjaya menangkap suspek tersebut setelah...

Post a Comment

emo-but-icon
:noprob:
:smile:
:shy:
:trope:
:sneered:
:happy:
:escort:
:rapt:
:love:
:heart:
:angry:
:hate:
:sad:
:sigh:
:disappointed:
:cry:
:fear:
:surprise:
:unbelieve:
:shit:
:like:
:dislike:
:clap:
:cuff:
:fist:
:ok:
:file:
:link:
:place:
:contact:

|| KLIK UNTUK TUTUP ||

Follow Us

Hot in weekRecentComments

Hot in week

Recent

My Ping in TotalPing.com ping blog free web site traffic and promotion

Comments

Side Ads

Text Widget

Connect Us

item