TINDAKAN TEGAS TERHADAP GURU YANG MENIUP SENTIMEN PERKAUMAN DI SABAH

Jame Alip bersama pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Tanjung Aru sebelum peperiksaan UPSR baru-baru ini.
SANDAKAN: Tindakan tegas akan diambil terhadap guru yang dikesan meniup sentimen api perkauman di negeri ini, kata Pengarah Pendidikan Sabah Datuk Jame Alip.

Menurut beliau tindakan itu boleh menjejaskan perpaduan dan keharmonian rakyat di negara ini khususnya di Sabah yang mempunyai pelbagai kaum etnik.

"Saya tidak akan berkompromi dengan guru yang membuat sentimen perkauman. Jangan tiup api perkauman untuk kepentingan peribadi. Sentimen seperti ini harus kita hapuskan supaya tidak meruntuhkan keharmonian rakyat yang telah disemai selama ini," katanya ketika merasmikan Program Pendidikan Kenegaraan peringkat daerah Sandakan pada Rabu.

Beliau berkata sebagai guru, tumpuan harus diberikan kepada tugas untuk mendidik pelajar dan kepentingan menyokong dasar pendidikan negara.

"Jangan sesekali memaki kerajaan dan jika ada guru dikesan khususnya menerusi laman sosial akan diambil tindakan mengikut peraturan sedia ada. Saya tidak mahu ia berlaku," katanya.
|
Jame berkata penganjuran program pendidikan kenegaraan sesuai bagi menanam semangat patriotisme kalangan guru dan pelajar .

Ia adalah  penting agar mereka tidak terpengaruh dengan cubaan pihaktertentu yang cuba mengugat perpaduan dan keharmonian rakyat negara ini, katanya. - MSTAR 

Related

dalam negeri 498477552770049926

Post a Comment

emo-but-icon

|| KLIK UNTUK TUTUP ||

Follow Us

Hot in week

Recent

My Ping in TotalPing.com ping blog free web site traffic and promotion

Comments

Side Ads

Text Widget

Connect Us

item