PELAJAR TERBUNUH KERANA BADAN TERSEPIT LIF


Rakaman video menunjukkan sebuah lif yang rosak turun naik hingga menyebabkan seorang pelajar mati ketika memasukinya, menjadi viral di China semalam.

Pelajar berkenaan yang terperangkap tidak dapat bertindak cepat ketika lif itu naik tiba-tiba ketika dia memasukinya.

menyebabkan separuh badannya terperangkap dalam lif dan separuh lagi terjulur keluar.

Video itu dirakam kamera pengawasan dalam lif yang rosak itu di Universiti Huaqiao di bandar Xiamen, tenggara China.

Klip video selama tiga minit itu menjadi antara paling banyak dikongsi dalam media sosial di China sepanjang semalam.

Mangsa itu yang namanya tidak disiarkan dikatakan pelajar arkitek universiti berkenaan, berdiri di depan sekumpulan pelajar lain apabila pintu lif terbuka.

Seorang lagi pelajar berkata, dia dan mangsa menunggu lif itu di tingkat tiga.

Pintu lif itu terbuka dan bergerak ketika mangsa melangkah masuk.

Dia memberitahu media tempatan, mangsa kelihatan terkejut, tetapi tidak bimbang apabila lif itu naik ke atas.

Dia tidak sempat berundur apabila lif itu tutup mengheretnya naik hingga terkena rangka pintu, memerangkap separuh badannya dan kaki kiri di dalam lif, sementara bahagian lain terjulur keluar.

Pekerja penyelamat cuba membantu mangsa, tetapi dia disahkan mati di tempat kejadian kerana peparunya terhimpit menyebabkan dia tidak boleh bernafas.

Pihak berkuasa universiti berkata, mereka terkejut dengan kejadian itu.

Bagaimanapun, ini bukan kejadian pertama menyaksikan lif menjadi punca kematian.

Baru-baru ini, enam kejadian serius membabitkan lif dilaporkan dalam masa sebulan dan lima daripadanya menyebabkan kematian.- siakapkeli

AMARAN (18SG): Menonton video ini boleh menyebabkan anda trauma dan gangguan emosi. Menonton adalah risiko anda sendiri.

Related

Hati-hati Jauhi Dropbox, Facebook dan Google - Edward Snowden

Berhati-hati dengan saluran yang disangkakan bersifat peribadi. Mungkin itu ringkasan mesej yang cuba disampaikan bekas juruteknik komputer Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA), Edward Snowden dalam pe...

Bateri Telefon Pintar Tahan 20 Tahun Berjaya dicipta oleh Pengkaji Nanyang Technological University di Singapura

Para Pengkaji dari Nanyang Technological University di Singapura telah berjaya menemukan penyelesaian masalah bateri yang menghantui penguna-pengguna telefon pintar - bateri ion litium yang boleh dica...

Lukisan Hyper-Realistic oleh Seniman Terbilang Sepanyol ini Pasti Membuat Mulut Anda Terlopong

Beliau adalah seniman Sepanyol yang terkenal dengan lukisan hyper-realistic. Lihat sahaja lukisan beliau dibawah, sekali pandang tentu anda fikir ia adalah gambar yang ditangkap menggunakan kamera buk...

Post a Comment

emo-but-icon
:noprob:
:smile:
:shy:
:trope:
:sneered:
:happy:
:escort:
:rapt:
:love:
:heart:
:angry:
:hate:
:sad:
:sigh:
:disappointed:
:cry:
:fear:
:surprise:
:unbelieve:
:shit:
:like:
:dislike:
:clap:
:cuff:
:fist:
:ok:
:file:
:link:
:place:
:contact:

|| KLIK UNTUK TUTUP ||

Follow Us

Hot in weekRecentComments

Hot in week

Recent

My Ping in TotalPing.com ping blog free web site traffic and promotion

Comments

Side Ads

Text Widget

Connect Us

item