KANAK-KANAK 8 TAHUN DARI MALAYSIA MAUT TERCAMPAK PERMAINAN BERPUSING DI AUSTRALIA


SYDNEY: Pihak berkuasa Australia sedang menyiasat mengenai kematian seorang kanak-kanak perempuan rakyat Malaysia yang tercampak ketika menaiki permainan berpusing di pertunjukan Royal Adelaide di sini.

Kanak-kanak berumur lapan tahun itu yang dilaporkan melawat Australia bersama keluarganya tercampak daripada permainan yang dikenali sebagai AirMaxx 360 pada petang Jumaat, demikian menurut kenyataan Polis Austalia Selatan.


Mangsa pada mulanya dirawat oleh pasukan paramedik sebelum dibawa ke hospital namun disahkan meninggal dunia di Hospital Adelaide beberapa minit kemudian.

Malinda Dunwoodie berkata, dia berada berhampiran roda berkenaan apabila dia melihat kanak-kanak itu 'terbang di udara'.

"Dia tergantung dengan kaki di luar roda itu cuba untuk menghalang dirinya terjatuh.

"Dia 'terbang' kira-kira 10 hingga 15 meter di udara dan saya mula memecut ke arahnya. Dia kelihatan seperti anak patung terbang di udara.

"Ia begitu mengejutkan. Seperti sebuah filem seram. Saya tidak nampak dia jatuh di tengah-tengah orang ramai tetapi apabila saya berjaya menemuinya, saya tidak melihat matanya bergerak. Semua orang menjerit," kata Dunwoodie kepada akhbar The Advertiser.

Related

KANAK-KANAK 8 TAHUN SUDAH JANA RM 4.2 JUTA DI YOUTUBE

Ini kisah yang menarik untuk dikongsi di mana kanak-kanak ini berjaya memanupulasi media sosial untuk membuat duitLebih mengagumkan, saluran YouTube Evan mendapat jumlah tontonan sebanyak 750 jut...

GAMBAR: PAKAIAN PRAMUGARI VIETJETAIR YANG SUNGGUH 'SEKSA' DIJANGKA MELARISKAN JUALAN TIKET PENERBANGANNYA

Syarikat VietJetAir merancang untuk membuka laluan dari Ho Chi Minh ke KLIA tidak lama lagi. Kisah syarikat penerbangan menggunakan uniform pramugari yang ketat dan singkat untuk menarik perhatia...

Lembaga Tabung Haji Nafi Melabur Hartanah RM640 juta di Detroit, Amerika Syarikat.

Lembaga Tabung Haji (LTH) menafikan firma tersebut membuat pelaburan dalam bidang hartanah dengan nilai RM640 juta di Detroit, Amerika Syarikat.Dalam satu kenyataan di sini hari ini, LTH menjelaskan, ...

Post a Comment

emo-but-icon
:noprob:
:smile:
:shy:
:trope:
:sneered:
:happy:
:escort:
:rapt:
:love:
:heart:
:angry:
:hate:
:sad:
:sigh:
:disappointed:
:cry:
:fear:
:surprise:
:unbelieve:
:shit:
:like:
:dislike:
:clap:
:cuff:
:fist:
:ok:
:file:
:link:
:place:
:contact:

|| KLIK UNTUK TUTUP ||

Follow Us

Hot in weekRecentComments

Hot in week

Recent

My Ping in TotalPing.com ping blog free web site traffic and promotion

Comments

Side Ads

Text Widget

Connect Us

item