Video Buli Berebut Teman Wanita: Polis Tahan Empat pelajar di Muar.


MUAR 28 Ogos - Empat pelajar sebuah sekolah menengah ditahan bagi membantu siasatan terhadap video pukul dan buli seorang remaja lelaki di tepi kebun kelapa sawit, Air Hitam, Bakri, dekat sini yang menjadi viral di media sosial.

Kesemua pelajar lelaki berusia 14 dan 15 tahun itu ditahan di rumah masing-masing semalam, selepas polis menerima dua aduan berhubung kejadian tersebut.
Mereka kini direman sehingga 1 September ini bagi membantu siasatan kejadian itu yang dikatakan akibat daripada berebut teman wanita.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, dalam kejadian tersebut, mangsa yang berumur 15 tahun ditendang pada kepala dan badan oleh dua remaja berkenaan.



"Salah seorang remaja tersebut kemudian cuba memukul mangsa dengan sebatang kayu tetapi dapat ditepis oleh mangsa. Kejadian disaksikan dan dirakam rakan-rakan remaja terbabit dengan menggunakan telefon bimbit.

"Video berkenaan tersebar dan dikongsi rakan sekolah yang lain sebelum dimuat naik di YouTube dan kemudian menjadi viral di media sosial," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah, di sini hari ini.



Azman berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku pada pukul 5 petang, 14 Ogos lalu apabila suspek menghubungi mangsa untuk berjumpa di kawasan berkenaan.
Katanya, apabila mangsa sampai suspek terus menolak mangsa sehingga terduduk sebelum dipukul.

"Selepas kejadian tersebut berlaku, satu laporan polis dibuat keluarga mangsa pada Isnin lalu diikuti satu lagi laporan dua hari selepas itu. Empat remaja termasuk suspek utama ditahan dan pihaknya turut merampas sebatang kayu berukuran kira-kira satu meter dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut.
"Kesemua suspek ditahan reman sehingga 1 September ini dan pihaknya juga sedang mengenal pasti suspek lain yang terlibat dalam pergaduhan tersebut," katanya.- UTUSAN

Related

Mungkinkah Satu Kebetulan Solekan Ngeri Muka Nur Shafiqa Jadi Kenyataan

Apa yang dikatakan orang tua-tua dahulu, JANGAN gurau perkara yang pelik-pelik nanti musibahnya akan terpalit juga antara lambat dan cepat perkara itu berlaku. Mungkin ini sebagai d...

KEJAM ! Gadis Jelita Ditoreh Muka dan Hampir Dirogol Oleh Penyamun

Pasir Puteh, 1 Dis : Seorang wanita berusia 22 tahun telah ditoreh dan dipukul oleh penyamun yang memecah masuk rumahnya di Wakaf Berangan semalam. Menurut laporan, kejadian berlaku kira-kir...

Wanita Kantoi Mencuri Masuk Bilik Pengantin Ketika Pengantin Berarak

MELAKA: Seorang wanita berjaya dicekup oleh sebuah keluarga pengantin kerana menceroboh ke majlis perkahwinan tanpa sebarang undangan mahupun jemputan. Dalam kejadian yang berlaku di Jalan B...

Post a Comment

emo-but-icon
:noprob:
:smile:
:shy:
:trope:
:sneered:
:happy:
:escort:
:rapt:
:love:
:heart:
:angry:
:hate:
:sad:
:sigh:
:disappointed:
:cry:
:fear:
:surprise:
:unbelieve:
:shit:
:like:
:dislike:
:clap:
:cuff:
:fist:
:ok:
:file:
:link:
:place:
:contact:

|| KLIK UNTUK TUTUP ||

Follow Us

Hot in weekRecentComments

Hot in week

Recent

My Ping in TotalPing.com ping blog free web site traffic and promotion

Comments

Side Ads

Text Widget

Connect Us

item