Kehilangan Anita Sarawak Tanpa Berita Merisaukan Noorkumalasari

Kisah kehilangan penghibur terkemuka negara, Anita Sarawak sejak tahun 2013 seringkali menjadi topik di dada-dada akhbar mahupun portal-portal hiburan.
Pelbagai spekulasi timbul setelah beliau yang lebih mesra dipanggil Kak Nita, 63, tiba-tiba mengambil keputusan untuk meninggalkan Malaysia dan menetap di Las Vegas, Amerika Syarikat.
Ada yang mengandaikan, Kak Nita merajuk dengan pihak dalam industri hiburan, malah lebih nakal, ada suara-suara turut berkata, keputusan tersebut dibuat setelah perkahwinannya dengan suami, Mohamad Mahathir Abdullah berakhir.

noorkumalasari

Penghujung bulan Mac lalu, adik tiri kepada Anita, iaitu penyanyi dan pelakon, Noorkumalasari menepis khabar angin tentang penceraian Kak Nita dan suaminya.
Malah, Noorkumalasari turut berkata, kakaknya itu kini bahagia di samping Mahathir dan memilih untuk menjadi suri rumah dan menetap di sana.
Namun, itu cerita dua bulan lalu. Dalam perkembangan terbaru, Noorkumalasari mengakui risau akan keadaan Anita yang gagal dihubungi setelah kali terakhir mereka berhubung pada Mac.
Melalui portal Singapura, The New Paper,  pelantun lagu Akhirnya Kini Pasti itu tidak dapat dijejaki adik tirinya semenjak dua bulan lalu sehinggalah sekarang.
Ujar Noorkumalasari lagi, kakaknya itu akan menghubunginya setiap kali tiba hari lahirnya pada bulan April, namun dia tidak berbuat demikian kali ini.
“Saya akui bimbang tetapi saya berharap dan berdoa dia berada dalam keadaan sihat dan baik. Mungkin dia sibuk melancong atau menguruskan perkara lain.
“Itu 40 peratus yang saya rasakan. 60 peratus lagi jujur saya katakan ada terdetik perasaan mungkin dia sedang sakit kerana ini kali pertama kami tidak bercakap dalam masa yang begitu lama.”
Bahkan, Noorkumalasari turut tidak menghubungi adik-beradiknya yang lain dan semua mesej yang dikirim, sunyi tidak berbalas.
“Kawan baik dia juga gagal menghubunginya walaupun telah mengunjungi rumah beliau di Amerika Syarikat.”
Apapun keadaan Anita Sarawak di sana, Noorkumalasari turut memohon agar para peminat mendoakan Kak Nita berada dalam keadaan baik.
mynewshub

Related

artis 2297093674461260167

Post a Comment

emo-but-icon

|| KLIK UNTUK TUTUP ||

Follow Us

Hot in week

Recent

My Ping in TotalPing.com ping blog free web site traffic and promotion

Comments

Side Ads

Text Widget

Connect Us

item