Di Bandar Mersing ada Terengganu

NASI DAGANG merupakan menu sarapan popular d Mersing
NASI DAGANG merupakan menu sarapan popular d Mersing
“Mu nok makang apa? Nasi dagang ada, nasi lemak lauk ikang pun ada.”
 
Agak janggal bila terdengar penduduk di Mersing, Johor menggunakan loghat pekat negeri Terengganu hampir  di mana-mana baik di kalangan orang Melayu mahupun Cina.
 
Namun itulah loghat harian yang penduduk yang terletak di pantai timur selatan tanah air ini.
   
Dua orang peniaga menyediakan nasi dagang dan lauk ikan tongkol (gambar kanan) untuk jualan di Mersing.
Boleh didengar di mana-mana malah keadaan di Mersing tak ubah seperti di negeri Terengganu kerana kebanyakan penduduk khususnya yang tinggal di kawasan pantai memang menggunakan loghat Terengganu dalam kehidupan seharian.
Kenapa mereka bercakap menggunakan loghat dan mengamalkan cara hidup Terengganu?
Mungkin tak ramai yang tahu bahawasanya, asal usul penduduk di sekitar pantai Mersing adalah rakyat Terengganu yang berhijrah untuk meneruskan kehidupan sebagai nelayan.
Bermula daripada datuk dan nenek, kesinambungan loghat Terengganu masih tetap abadi dalam perbualan harian.
Dari yang tua hinggalah yang muda, loghat Terengganu bukanlah sesuatu yang janggal bagi penduduk di kawasan pantai Mersing.
Bukan itu sahaja, jika ke Mersing, hidangan nasi dagang dijual di mana-mana termasuklah kuih muih tradisional orang Terengganu! 
  
Ketupat palas goreng (kanan) antara kuih popular Terengganu di Mersing.
Begitu juga dengan jualan dan industri keropok lekor, apa yang terdapat di Terengganu masih boleh dicari di Mersing dengan rasa yang tidak jauh berbeza.
Nasi dagang berlaukkan ikan tongkol dijual pada harga RM2 sebungkus adalah hidangan sarapan harian paling laris bagi kebanyakan penduduk Mersing.
Mula dijual seawal tujuh pagi, peniaga tidak perlu menunggu sehingga tiga jam, nasi dagang sebanyak tiga periuk besar pasti habis terjual.
Keenakannya memang setanding dengan nasi dagang Terengganu malah tidak keterlaluan jika ada yang mengatakan nasi dagang di Mersing jauh lebih sedap daripada negeri asalnya Terengganu.
  
Tepung bungkus (kiri) dan lempeng Terengganu yang mesti dicuba oleh sesiapa yang berkunjung ke Mersing.
Selain nasi dagang, antara kuih muih Terengganu yang cukup popular di Mersing adalah tepung bungkus dan ketupat palas.
Sama seperti nasi dagang, kuih muih yang dijual habis dijual dalam waktu yang singkat.
Pendek cerita, jika singgah di Mersing, janganlah berasa pelik apabila terdengar penduduknya bercakap menggunakan loghat Terengganu.
Pastikan juga untuk menikmti hidangan nasi dagang dan kuih muih tradisional Terengganu termasuk sebagai menu sarapan pagi.
Kalau pandai bercakap loghat Terengganu, memang tak salah mencuba sekadar memastikan apa yang dikhabarkan ini benar belaka.
Paling menarik, disebabkan masih mengalir darah Terengganu, tidak hairanlah jika ada penduduk Mersing yang terus menyokong pasukan bola Terngganu bila bertemu pasukan Johor!
keredit: malaysiagazzete

Related

INFO 1731878877385412865

Post a Comment

emo-but-icon

|| KLIK UNTUK TUTUP ||

Follow Us

Hot in week

Recent

My Ping in TotalPing.com ping blog free web site traffic and promotion

Comments

Side Ads

Text Widget

Connect Us

item