VIDEO NGERI Detik Kemalangan Maut Kakitangan Petronas Dungun



Video Rakaman Detik Kemalangan Maut Kakitangan Petronas| Ngeri Bila melihat video kemalangan yang telah mengorbankan pekerja dari Petronas Dungun.

Dua kakitangan Petronas GPP tersebut maut selepas kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Storm dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Kilometer 5 Jalan Paka-Bandar Al Muktaffi Billah Shah dekat Balai Bomba dan Penyelamat Paka di sini, 10.30 pagi tadi. 

Eksekutif, Rosli Mahmud, 52, dan juruteknik Nasuki Mohamad, 45, maut dalam kemalangan itu manakala seorang lagi juruteknik Mat Zian Mat Zin, 48, hanya cedera ringan. 

Kemalangan berlaku ketika kesemua kakitangan Petronas terbabit dalam perjalanan untuk ke tempat kerjanya di Kertih. Kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan dipandu Nasuki hilang kawasan lalu terbabas di situ yang menyebabkan kenderaan dinaiki mereka terbalik dan bergolek beberapa kali di situ. 


Nasuki yang parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian dan Rosli yang parah di kepala dan badan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Dungun manakala Mat Zian yang cedera di kaki kanan dihantar ke Klinik Kesihatan Rantau Petronas untuk rawatan lanjut. 


Pemangku Ketua Polis Daerah Dungun Asisten Superintendan Alias Abu Bakar mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.11 Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Disember 2014 @ 3:29 PM FOTO Rosli Ilham - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/19127#sthash.kfkR5Zkz.dpuf


Related

kemalangan 1246064212799909353

Post a Comment

emo-but-icon

|| KLIK UNTUK TUTUP ||

Follow Us

Hot in week

Recent

My Ping in TotalPing.com ping blog free web site traffic and promotion

Comments

Side Ads

Text Widget

Connect Us

item