SMS Anak Murid Dyslexia Ini Cukup Menyentuh Hati Cikgu-cikgu Di Malaysia Kini Viral di FB
http://sibersatu.blogspot.com/2014/12/sms-anak-murid-dyslexia-ini-cukup.html
Satu kiriman SMS oleh seorang bekas pelajar sekolah telah viral di Facebook. Ia adalah berkisar tentang tohmahan dan juga pandangan serong terhadap profesion perguruan yang dilempaarkan oleh masyarakat di luar yang tidak memahami tugas dan tanggunjawab cikgu-cikgu di sekolah.
Post SMS ini telah menjadi viral dan guru-guru cukup terharu dengan kenyataan murid dyslexia ini dan memberikan mereka semangat kepada mereka kerana menghargai usaha dan pengorbanan guru-guru selama ini.
Tidak ramai yang sanggup menulis dan menyokong guru-guru lebih-lebih lagi bekas pelajar yang telah berjaya sehingga memperoleh PHD. Berdasarkan pengalaman seorang guru, murid yang keciciran dan yang selalu kena marah di sekolah yang biasanya akan mengingati guru-guru mereka selepasa tamat belajar di sekolah.
Terima asih kepada mereka yang tahu menghargai jasa guru dan semoga berjaya dan beroleh kesejahteraan di dunia dan akhirat kelak.
Terima kasih cikgu.