Perbualan Telefon Anwar Pujuk Ahli Parlimen BN Lompat Parti Didedahkan Di Mahkamah Tinggi
http://sibersatu.blogspot.com/2014/12/perbualan-telefon-anwar-pujuk-ahli.html
Kes saman Anwar Ibrahim di mahkamah tinggi menjadi lebih menarik apabila Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Dr Puad Zarkashi, mendedahkan perbualan di antara beliau dengan Anwar Ibrahim yang cuba memujuknya lompat parti pada tahun 2008.
Di antara yang dilaporkan oleh Bernama:
Beliau berkata, Anwar sempat menyatakan,
"Puad, we have enough numbers and its going to happen, but we still need a Malay MP from Johor like you to be with us."
(PUAD, kami mempunyai bilangan yang cukup dan ia akan berlaku, tapi kami perlukan seorang MP dari Johor seperti awak untuk bersama kami).
MOHD Puad berkata Anwar juga menyatakan dengan nada yang menyakinkan bahawa empat Sultan telah bersetuju dan menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat untuk mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan Persekutuan.
Antara negeri yang disebut adalah Perlis, Perak, Terengganu dan Selangor,
"Saya telah bertanya kepada Anwar tentang bagaimana dengan agenda Melayu dan Anwar menjawab bahawa beliau akan melindungi agenda Melayu.
"Saya berasa gementar dan telah menyatakan kepada Anwar bahawa saya orang Johor dan UMNO telah dilahirkan di Johor," katanya.
"Jika saya tandatangan surat tersebut, Sultan akan murka dan memerintahkan saya untuk meninggalkan Johor. Kemudiannya saya memberitahu Anwar bahawa saya hendak pulang ke rumah dan melakukan solat istikharah. Perbualan saya dan Anwar terhenti setakat itu," katanya.
Mohd Puad berkata selepas pulang ke rumah dan solat, beliau telah mendapat petunjuk mimpi bahawa sekiranya menandatangani surat tersebut bererti beliau telah menjual negara.
Susulan itu, beliau telah menghubungi Abdul Rahim dan memberitahunya,
"You tell Anwar, tumbang-tumbanglah, I am prepared to be the opposition but I will not sign the letter."
(Awak beritahu Anwar, tumbang-tumbanglah, saya sedia jadi pembangkang, tapi saya tidak akan tandatangani surat itu).
Bernama juga melaporkan kenyataan Mohd Puad yang berkata Saifuddin Nasution telah menghubunginya semasa beliau bersama 30 anggota Parlimen BN mengadakan lawatan ke Taiwan, beberapa hari sebelum 16 Sept 2008.
Mohd Puad berkata Saifuddin turut memaklumkan bahawa Tian Chua dan Fuziah Salleh turut bersamanya di negara itu, dan mereka menginap di hotel yang sama dengan anggota Parlimen BN.
"Saya telah bertanyakan kepadanya bagaimana boleh mengetahui nombor bilik hotel penginapan saya sedangkan kami telah mengarahkan kepada pihak pengurusan hotel untuk tidak memberitahu berkenaan butiran tersebut kepada sesiapa.
"Saifuddin telah memberitahu bahawa beliau mendapatkan pertolongan daripada salah seorang Ahli Parlimen Taiwan," katanya.
sumber : mymediahubonline