155 Pelajar sekolah Menengah Terengganu Terjebak Penyalahgunaan Dadah
http://sibersatu.blogspot.com/2014/12/155-pelajar-sekolah-menengah-terengganu.html
KUALA TERENGGANU, 11 Disember :
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu hari ini diberitahu 155 pelajar sekolah menengah di negeri ini dikenal pasti terjebak dengan penyalahgunaan dadah, kebanyakannya dikesan mengambil pil kuda pada tahun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri Datuk Rozi Mamat berkata kesemua 155 pelajar itu dikesan positif dadah hasil saringan yang dibuat terhadap sampel seramai 2,399 pelajar yang dipilih secara rawak daripada 150 buah sekolah di Terengganu.
“Bagi mengatasi masalah ini, kerajaan negeri sentiasa bekerjasama dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas).
“Bermula tahun depan, kita akan memperbanyakkan kempen kesedaran mengenai penyalahgunaan dadah ini seawal usia enam tahun di tadika melalui program Sayangi Hidup Elak Derita Selamanya,” katanya menjawab soalan lisan Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman (BN-Kuala Besut) di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-13 di sini hari ini.
Read more: http://bm.therakyatpost.com/news-in-brief/155-pelajar-dikesan-terjebak-dadah-di-terengganu/#ixzz3LeIIIztx